PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

PERMAINAN GALAH PANJANG Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptanya. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah bermula seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan in bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu tetapi juga di negara-negara lain seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Namun begitu, permainan dan cara permainan berubah mengikut masyarakat setempat. Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan melintang berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak mengira jantina serta bilangannya seramai 10 orang yang boleh berubah-ubah. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah. Permainan ini dimaink...