Posts

Showing posts from March, 2018

PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

Image
PERMAINAN GALAH PANJANG             Asal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptanya. Ini disebabkan permainan galah panjang ini telah bermula seawal tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu. Permainan in bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu tetapi juga di negara-negara lain seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Namun begitu, permainan dan cara permainan berubah mengikut masyarakat setempat.             Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan melintang berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak mengira jantina serta bilangannya seramai 10 orang yang boleh berubah-ubah. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah.        Permainan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah lapang dan rata. Gelanggang ya